Blog ini menyediakan tips dan idea bagaimana pembaca dapat menjalankan bisnes tudung dengan kos yang murah.

Ad

Radiusite & Dreemika Cipta Nama Fesyen Muslimah dari Online

with 0 Comment
Fesyen tudung seringkali bertukar dengan pelbagai gaya mengikut aliran masa. Boleh di katakan majoriti gadis di Malaysia khususnya,sudah mula berjinak dalam mengenali pelbagai gaya dan label-label tudung tempatan yang sesuai untuk dijadikan koleksi dalam almari. Kali ini InTrend berpeluang untuk bersua muka dengan pemilik jenama Radiusite
Radiusite & Dreemika Cipta Nama Fesyen Muslimah dari Online

Siapa yang tidak kenal dengan jenama ini, bermula dengan perniagaan Online dan kini miliki 4 virtual butik yang sering di kunjung pelanggan tanpa putus-putus. Lantas, dengan kemajuan Radiusite, kini terbina satu sayap baru di bawah naungan Radiusite yang di beri nama Dreenika yang menampilkan koleksi pakaian muslimah yang bermutu tinggi.

Dengan kuasa media sosial kini, jenama Radiusite tidak ketinggalan dalam turut memperkukuhkan pasaran jenama mereka di Facebook, Instagram dan Twitter. Miliki 706,000K follower Facebook, 10,000K di Twitter dan 5,000k di Instagram sememangnya satu perkara yang luar biasa bagi jenama tempatan. 


Tidak banyak jenama keluaran tempatan yang miliki peminat yang seramai itu. Malah bagi Ika, pemilik Radiusite kekuatan media sosial juga sememangnya banyak membantu jenama ini untuk terus bertapak di hati peminat setia fesyen hijab di Malaysia.

“Ada keburukan dan kebaikannya dalam menjalani perniagaan di laman social. Secara kontranya, ramai orang akan cepat mengetahui produk terbaru kami dan mereka secara pantas akan mendapatkan koleksi tersebut. Malah perlu di ingat, persaingan perniagaan tudung juga ramai dan kemungkinan untuk mereka meniru atau membaik pulih rekaan baru yang lebih baik adalah tinggi” – Ika

Meneliti suka duka perjalanan perniagaan fesyen ini sememangnya bukanlah satu perkara yang sukar. Malah, Radiusite adalah satu tapak perniagaan fesyen yang bermula dari kosong dan kini miliki empire perniagaan berlandaskan fesyen yang boleh di banggakan. Ika, juga ada berkongsi tentang rintangan awal ketika Radiusite mula bertapak.

“Pada awalnya,saya memang minat dengan fesyen dan ingin merealisasikan impian saya untuk di kongsi bersama orang ramai. Ketika saya mula berniaga,saya hanya ambil beberapa helai tudung di Kuala Lumpur dan jual dengan harga yang murah. 


Setelah mendapat sambutan dari kawan-kawan, Saya mula mencipta sesuatu yang baru terhadap sehelai tudung yang kosong. Saya kumpul material seperti reben ,lace, manik dan sebagainya lalu saya hias tudung menjadi satu rekaan yang cantik. Siapa sangka eksperimen saya menjadi dan mendapat sambutan ramai.” – Ika

Sentiasa kekal di hati pelanggan. Pasti ada kekuatan sendiri bagi jenama ini untuk terus berada di pasaran. Malah, pasti Radiusite berwawasan lebih jauh dalam masa yang akan datang. Mencipta sesuatu yang baru dan sering menjadi pilihan pelanggan setianya.

“Kini kami di Radiusite sangat berterima kasih kepada pelanggan yang tidak putus-putus membeli produk kami, koleksi Radiusite kini bukan sahaja selendang bermanik malah kami lebih up to date dalam menghasilkan produk terbaru yang selesa dan cantik di pakai oleh muslimah yang ingin tampil bergaya.”



Sumber: http://intrend.com.my/index.php/fesyen-terbaru/963-radiusite-dominasi-fesyen-tudung

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
Powered by Blog - IdeaBisnesTudung

Join kami di sini!