Blog ini menyediakan tips dan idea bagaimana pembaca dapat menjalankan bisnes tudung dengan kos yang murah.

Ad

Peneraju Tudung Labuh Butik Inspirasihana

with 0 Comment
Butik Inspirasihana merupakan sebuah syarikat yang mula beroperasi pada asalnya dirumah sekitar tahun 2009 melalui online.

Kepakaran yang ada dalam Butik Inspirasihana adalah memberikan kemudahan kepada wanita muslimah di luar sana untuk mendapatkan pilihan fesyen pelbagai design yang Anggun Bersyariat Indah Terpelihara mengikut peredaran zaman. Inspirasihana ialah jenama Peneraju Tudung Labuh No 1 di Malaysia semenjak 2009 lagi sehingga sekarang.

Ad

Melalui motto "Anggun Bersyariat Indah Terpelihara", Butik Inspirasihana telah menggunakan perniagaan untuk memberikan kefahaman Islam tentang cara pemakaian yang menepati syarak khususnya melalui tudung.Pihak Inspirasihana juga bersungguh-sungguh untuk menjadikan pemakai Tudung Labuh tetap kekal mematuhi syarak dan dalam masa yang sama dapat membawa imej Mukminah Professional sesuai dengan keperluan zaman agar dapat berada ditengah-tengah masyarakat menjadi tamsilan keindahan
Islam.

Atas nekad ini, pada tahun 2012 Butik Inspirasihana telah mengembangkan lagi perniagaan dengan membuka butik fizikal yang pertama di:

BUTIK INSPIRASIHANA
NO 6A, JALAN GREENTOWN NOVA 1,
30450, GREENTOWN , IPOH, PERAK

Sesuai dengan perkembangan ini, pihak Butik Inspirasihana juga telah melebarkan jenis-jenis produk muslimah yang dijual antaranya sarung tangan, stokin, tudung telekung, jubah dan banyak lagi produk-produk muslimah di masa akan datang.

Seterusnnya,diakhir tahun 2012 Seiiring dengan hasrat dakwah yang membara, Butik Inspirasihana berusaha mempromosi  pemakaian Tudung-tudung yang bersyariat dengan mengambil model-model dari kalangan artis misalnya Heliza Helmi dan  Diana Amir. 

Pihak Butik Inspirasihana juga, telah mengambil langkah untuk mempromosikan Tudung-Tudung Labuh melalui media-media popular seperti IKIM.fm , majalah Anis dan TV Al-Hijrah (Sebagai penaja tudung didalam 2 drama yang pernah ditayangkan di stesen TV ini).

Pada bulan April 2013, Butik Inspirasihana telah mengorak setapak lagi kejayaan dengan membuka cawangan di Shah Alam yang beralamat di:

Butik Inspirasihana,
no. 42, Jalan Zirkon f7/f,
seksyen 7, 40000, Shah Alam,
Selangor.

Pada masa akan datang Pihak Butik Inspirasihana berhasrat untuk meningkatkan lagi khidmat pelanggan disamping meluaskan perniagaan yang berasaskan dakwah ini keseluruh pelusuk tanah air.

Terdapat pelbagai tudung labuh yang cantik dijual di Butik Inspirasihana seperti:
  • Tudung Labuh Butterfly Soft Awning Berdagu
  • Tudung Labuh Berawning
  • Tudung Labuh Butterfly Berawning
  • Tudung Labuh Butterfly CChiffon
  • Tudung Labuh Chiffon
  • Tudung Umrah haji
  • Tudung Bidang 60
  • Tudung Syria Labuh
  • Dan pelbagai lagi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
Powered by Blog - IdeaBisnesTudung

Join kami di sini!